Monday, January 11, 2016

Apa kata Pengguna APRICON ?

Rosita Shafie : 52 Tahun


Saya telah disahkan menghidap kanser payudara tahap dua pada 1 Julai 2012. Saat mendapat perkhabaran tersebut, tiada apa yang mampu diluahkan selain berdiam diri dan membiarkan airmata saya berjuraian bagi menzahirkan segala rasa sedih dihati. Saya telah mengambil keputusan untuk mengambil kapsul APRICON Vitamin B17 seiring dengan rawatan radioterapi. Ternyata khasiat yang terkandung dalam APRICON membantu memelihara kulit saya daripada terbakar atau rosak akibat sinaran. Bahkan saya juga merasakan badan saya lebih bertenaga dan memiliki daya tahan yang tinggi sehinggakan saya mampu menjalani radioterapi terus menerus tanpa cuti selama 30 hari. Kini setelah tiga tahun berlalu, saya mampu menarik nafas lega kerana hasil pemeriksaan terakhir tiada sebarang ketumbuhan atau tanda-tanda kanser dijumpai. Namun saya tetap bertekad untuk meneruskan pengambilan kapsul APRICON mengikut dos yang ditetapkan seiring dengan diet yang seimbang sehingga ke akhir hayat saya.



Muchlis Abdullah : 53 Tahun


Pada Februari 2014 beliau terlantar di Hospital Sungai Buloh setelah disahkan menghidapi Intracranial Tumor oleh pegawai perubatan. Pada peringkat awal, beliau sering merasa pening, penglihatannya berganda, serta sering muntah darah. Setelah dimasukkan ke dalam wad, beliau hanya boleh makan melalui saluran tiub menerusi hidung dan sering diberi ubat penahan sakit bagi meredakan ketidakselesaan beliau. Namun, atas keyakinan isteri beliau memberikan APRICON kepada suaminya, pada hari ke empat kesihatan suaminya semakin pulih dan beliau boleh makan terus tanpa melalui tiub. Pembedahan yang dijadualkan ke atas beliau juga turut dibatalkan kerana tumor di belakang kepalanya telah mengecil. Pegawai perubatan yang sebelum ini tidak memberikan apa-apa harapan kepada beliau amat teruja dengan perkembangan yang ditunjukkan serta menggalakkan beliau untuk meneruskan terapi Vitamin B17 tersebut.

Friday, April 20, 2012

14 kaedah mencegah kanser

Sumber :http://berita-harian-online.com/14-kaedah-mencegah-kanser/

Di negara kita, kanser menjadi pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Namun berita baik mengenai kanser, ia boleh dicegah! Berikut garis panduan yang dikeluarkan Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser.
  1. Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.
  2. Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  3. Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.
  4. Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
  5. Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.
  6. Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkat risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.
  7. Hentikan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.
  8. Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
  9. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.
  10. Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh.
  11. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.
  12. Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan.
  13. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
  14. Jangan merokok atau mengunyah tembakau.
  15. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.
  16. Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.

Tuesday, January 10, 2012

Kapsul biji Aprikot Apricon Farmas Health terbukti bantu rawat Kanser

Apricon Farmas Health antara Alternatif yang membantu pemulihan kanser. Layari http://www.farmashealth.com.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.